15hb April 2014, tertubuhnya Persatuan Reggae Antrabangsa Malaysia
(MIRS) yang di asaskan oleh saudara Mohd Fauzi Bin Ahmad atau lebih dikenali
sebagai Poe dalam industri hiburan tanahair. Penubuhan MIRS adalah lahir
daripada komitmen saudara Poe bersama beberapa rakan yang seperti saudara Ahmad
Radzi Bin Abdul Hamid aka BobRadzi, saudara Mohd Nadim Zin dan Saudara Samsudin
Sarip dalam memertabatkan industri muzik tanahair khususnya muzik reggae.
Objektif penubuhan MIRS adalah untuk mewujudkan satu komuniti yang
sihat dan memberi penerangan kepada masyarakat majmuk Malaysia khususnya, dunia
amnya, bahawa genre muzik reggae bukanlah satu genre muzik yang negatif tapi
merupakan salah satu cabang muzik yang mempunyai unsur-unsur kematangan,
kesedaran, kerohanian dan pembelajaran yang mana akan menyampaikan mesej-mesej
yang berguna dalam menjayakan industri kesenian Malaysia.
MIRS juga diwujudkan untuk menyokong dan bersama dalam menjayakan
dasar-dasar Kerajaan di mana muzik tanpa dadah menjadi teras dan matlamat
penubuhan. Dengan penubuhan MIRS, kami akan dapat membantu Kerajaan dalam
membenteras segala gejala bencana sosial yang berlaku dengan mewujudkan satu
jawatankuasa bertindak yang memberi segala bentuk bantuan dan sokongan kepada
Kerajaan dalam menangani segala permasalahan sosial yang berlaku.
MIRS juga akan bertindak sebagai sebuah platfom ahli-ahli serta
indusri berkaitan yang akan bertindak sebagai pengantara dalam mengemukakan
pandangan, permasalahan dan sebgainya dengan pihak-pihak yang berwajib. MIRS
juga ditubuhan untuk menjalankan tanggungjawab sosial dalam membentuk satu
komuniti kehidupan yang harmoni dalam masyarakat majmuk Malaysia.
MIRS sudi berkerjasama dengan mana-mana pertubuhan bukan Kerajaan
dalam menjayakan segala bentuk program kemasyarakatan dan kebajikan bagi
menwujudkan satu budaya hidup yang sihat yang penuh dengan Kecintaan,
Ketenagan, Keharmonian dan Permuafakatan yang mana ianya telah menjadi moto
MIRS.
MIRS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua kerana menyokong
perjuangan kami.
~ MIRS.