Pelancaran Kelab ke-4:
Kelab Kembara Iman
KELAB KEMBARA IMAN (Kembara Iman) ditubuhkan hasil daripada cetusan idea seorang pelakon yang sering melakonkkan watak-watak antogonis dalam filem-filem dan drama-drama tempatan yang tidak asing lagi iaitu saudara Adam Korie atau lebih dikenali sebagai Dragon KL Gangster. Beliau adalah seorang muaalaf yang aktif dalam kegiatan dakwah dalam memperkenal agama islam kepada rakan-rakan bukan islam melalui bantuan badan-badan berkanun dan NGO-NGO kebajikan yang lain.
Tujuan “Kembara Iman” ditubuhkan adalah tidak lain dan tidak bukan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah dan kebajikan kepada golongan-golongan muaalaf yang kebanyakannya memerlukan perhatian yang jitu dalam mengharungi kehidupan dunia yang getir dengan pelbagai dugaan. Kita sering mendengar kebanyakan golongan muaalaf ini tidak diberikan perhatian yang sewajarnya oleh pihak-pihak berkaitan dan kebanyakan mereka dibiarkan tanpa arah dan ini memberikan persepsi negatif kepada badan-badan berkanun dan NGO-Ngo Islam yang lain. Maka dengan ini kami terpanggil atas dasar ‘KASIH SAYANG’ dan ‘SETIAKAWAN’ untuk menubuhkan kelab ini untuk bersama-sama dengan Badan-badan Kerajaan berkaitan dan Ngo-Ngo Islam yang lain untuk menangani permasalahan ini sebaiknya…Inshaa Allah.
Selain golongan-golongan muaallaf, “Kembara Iman” juga akan mensasarkan golongan-golongan belia dan remaja yang kebanyakan hilang arah melalui pendekatan dakwah melalui program-program yang bakal dijalankan sesuai dengan jiwa-jiwa golongan-golongan ini.
Kami berharap tidak ada pihak-pihak lain yang salah faham atau member pengertian yang sebaliknya atas penubuhan “Kembara Iman”. Tujuan penubuhan kami adalah sejajar dengan matlamat Kerajaan dalam membentuk sebuah Negara yang Makmur dan berlandaskan keutuhan Agama Islam dalam masyarakat majmuk Malaysia.
“Kembara Iman” juga tidak keberatan untuk bergabung dengan mana-mana Badan-Badan Berkanun (Kerajaan) dan NGO yang lain dalam menjalankan aktiviti-aktiviti dakwah, kebajikan dan rekreasi dalam merealisasikan kehidupan masyarakat yang harmoni.
Kami menyeru rakan-rakan kami agar bersama dan menyokong kami dalam usaha penubuhan ini agar matlamat dan misi tercapai dengan jayanya…Inshaa Allah.
Kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang menyokong usaha kami.
~ KKI