Pelancaran Kelab Ke-8:
Kelab Permotoran Tersang
Kelab Permotoran Tersang merupakan kelab ke-lapan yang dilancarkan di
Lagenda Asmara Coffee Dome, Melaka. Ini bagi menjayakan matlamat Majlis Amanah Qualiti Internet Biru (MAQIB) dalam usaha mencapai 30 Kelab IM4U.
Presiden kelab, En. Azliyuszaini bin Mohd Noor (Artis Malaysia) berkata, dengan pelancaran rasmi ini, sesiapa yang berminat untuk menyertai kelab permotoran ini boleh menjadi ahli kelab selepas mendaftar sebagai ahli MAQIB. Penyertaan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja samada warga felda mahupun anak-anak muda di bandar.
Objektif penubuhan Kelab Permotoran Tersang
adalah untuk mengurangkan gejala mat rempit terutamanya di kawasan Felda.
Dengan program yang akan dijalankan akan mengurangkan juga gejala sosial yang
tidak bermoral dan gejala melepak di kalangan mat rempit. Program pertama yang
akan dijalankan adalah di Felda Tersang kerana ahli yang terawal menyertai
kelab ini adalah anak muda felda tersang.
Dengan adanya jurulatih yang
akan membantu dalam sesi latihan ini, akan melahirkan anak muda yang berbakat
dan terlatih serta secara tidak langsung berpeluang untuk menyertai pertandingan permotoran
di dalam atau luar negara. Bahkan mereka juga boleh mempelajari ilmu mekanik yang betul. Harapan kelab ini, supaya ramai anak-anak muda felda
menyertai kelab ini supaya dapat menjayakan program-program yang akan
dijalankan dengan jayanya.