Pelancaran Kelab Ke-3 :
Kelab Usahawan Selebriti
KELAB USAHAWAN SELEBRITI MALAYSIA
(MALAYSIA CELEBRITIES ENTREPRENEUR CLUB)
(MALAYSIA CELEBRITIES ENTREPRENEUR CLUB)
Sejarah penubuhan KELAB USAHAWAN SELEBRITI MALAYSIA ini diuruskan oleh beberapa individu yang berpengalaman dan berpengaruh di dalam menjalankan bidang perniagaan. Dengan terhasilnya kerjasama ini dapatlah kelab ini membantu perjuangan-perjuangan khususnya usahawan bumiputera untuk bersiap-siaga diri mereka dalam menongkah arus ekonomi yang agak getir ketika ini dengan lebih penuh bertenaga.
Dengan terjalinnya ikatan perjuangan ini maka semakin kuatlah semangat bersatu-padu antara ummah untuk membantu antara satu sama lain. Di dalam melopori keadaan ekonomi sekarang yang kian goyah ini dapatlah sekiranya kelab ini memberi ruang serta peluang kepada golongan usahawan samada yang baru mahupun yang sudah lama untuk diberi bantuan kepada mereka menaikkan taraf ekonomi dan juga memajukan perniagaan mereka.
Ini merupakan satu peluang yang tidak ternilai dan harus direbut bagi membangkitkan semangat para usahawan untuk terus melangkah ke hadapan dan menjadikannya satu ikon dan aset yang paling bernilai. Kelab ini juga berperanan untuk memberi bantuan sumber permodalan, khidmat nasihat, saling bantu-membantu, bekerjasama, khidmat sokongan dan bimbingan dan sebagainya.
Lantaran itu juga, ia disusun sebagai sumber rujukan kepada semua para pejuang usahawan bumiputera khususnya yang berkepentingan dalam meluaskan konsep ummah yang bermaklumat dan berpengetahuan di dalam bidang perniagaan.
OBJEKTIF
Di dalam KELAB USAHAWAN SELEBRITI MALAYSIA ini kami berusaha ke arah melahirkan para pejuang usahawan untuk mempertingkatkan dan menerokai peluang perniagaan baru yang telah dikenal pasti berdaya maju.
1. Merealisasikan sasaran hala tuju pengeluaran dan produktiviti oleh para pejuang usahawan dengan memberi suntikan dan penyerapan segar tentang dunia perniagaan agar dapat memastikan pendapatan melebihi paras kemiskinan.
2. Selain itu juga, kelab ini sangat teruja dan komited untuk menghasilkan para pejuang usahawan yang tersendiri, berkualiti dan berdaya saing yang sihat.
3. Menyatupadukan ummah dikalangan usahawan untuk mencapai matlamat “Pembangunan Ekonomi Ummah”.
4. Memberi peluang kepada setiap para usahawan untuk merealisasikan impian mereka dalam melebarkan sayap perniagaan dengan adanya bantuan dan sokongan dari pihak MAQIB.
5. Untuk menyalurkan bantuan dan juga bagi memastikan setiap usahawan menikmati dana-dana yang telah disediakan oleh pihak MAQIB.
6. Dengan tertubuhnya kelab ini maka pelan-pelan perniagaan akan dirangka dengan lebih tersusun dan terancang. Untuk yang demikian, kerjasama dari setiap ahli kelab amat diperlukan.
7. Memastikan agar di masa akan datang tiada lagi usahawan-usahawan bumiputera yang ketinggalan di dalam arus pembangunan.
8. Untuk mengembalikan zaman kegemilangan yang di mana suatu ketika dahulu Tanah Melayu atau Melaka dikenali sebagai pusat dagangan antarabangsa yang ketika itu kita sendiri yang mengawal ekonomi kita.
VISI
Menjadikan KELAB USAHAWAN SELEBRITI MALAYSIA ini sebagai kunci kepada para pejuang usahawan tentang peluang perniagaan yang luas seiring dan sejajar melalui komitmen ke arah kecemerlangan. Ini akan menyumbangkan progresif kepada pembangunan sosio ekonomi kita.
MISI
1. Untuk menjadikan usahawan kecil yang pada ketika ini agar bergelar ahli perniagaan yang berjaya.
2. Kesinambungan yang berterusan dalam merancang dan merangka pelan perancangan perniagaan.
3. Menjadikan sebuah kelab yang mampu melahirkan ahli perniagaan yang berjaya.
4. Mengekalkan dan mengutamakan jalinan perpaduan sesama ummah.
5. Memastikan integriti sebagai teras pengurusan.
~MCEC
27/4/2015