Pelancaran Kelab Ke-6 :
Kelab Scuba Artis Malaysia
![]() |
Pengerusi Kelab Scuba Artis Malaysia sedang menerangkan halatuju penubuhan kelab |
Majlis Pelancaran Kelab Scuba
Artis Malaysia telah berjalan lancar pada 16 Mei 2015 di Lagenda Asmara Coffee Dome, Melaka dan mendapat
sambutan yang meriah dengan penyertaan dan sokongan rakan-rakan artis serta kehadiran ahli-ahli Maqib seluruh negara di samping masyarakat setempat.
Menurut En. Alias Iskandar selaku Pengerusi Kelab ini, beliau telah pun menceburi bidang scuba dan mempunyai lesen scuba sejak
tahun 2007. Beliau melihat peluang yang diberikan oleh Majlis Amanah Qualiti Internet Biru
(MAQIB) untuk sama-sama mewujudkan kelab dalam IM4U adalah satu peluang keemasan, justeru itu Kelab Scuba Artis Malaysia telah ditubuhkan untuk mengumpul artis-artis Malaysia yang memiliki lesen scuba atau belum memiliki lesen bersama-sama menyertai aktiviti kelab ini. Sesiapa yang berminat boleh mendaftar sebagai ahli kelab dan juga ahli Maqib. Keahlian adalah terbuka kepada semua individu (tidak semestinya artis).
Antara program yang telah dirancang adalah mengadakan latihan untuk belajar cara berenang dan menyelam dengan betul. Seterusnya ahli juga akan mengikuti program membersihkan dasar laut. Kebanyakan program yang telah dijalankan adalah di Pulau Perhentian Besar, Terengganu. Konsep mencintai alam ini juga adalah objektif kepada penubuhan kelab ini, kerana prihatin terhadap masalah kebersihan laut yang boleh menjejaskan keindahan lautan serta populasi haiwan-haiwan yang terbabit.
Manfaat daripada aktiviti tersebut dapat
menggalakkan orang ramai untuk mencintai alam dan menjaga kebersihan lautan.
Selain itu juga, akan mengurangkan gejala sosial yang tidak bermoral.
Yuran untuk latihan dan lesen yang ditawarkan adalah amat berpatutan supaya dapat memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan. Kepada yang berminat untuk menyertai aktiviti scuba diving atau snorkeling, bolehlah berhubung terus dengan En. Alias Iskandar.
Yuran untuk latihan dan lesen yang ditawarkan adalah amat berpatutan supaya dapat memberi peluang kepada mereka yang kurang berkemampuan. Kepada yang berminat untuk menyertai aktiviti scuba diving atau snorkeling, bolehlah berhubung terus dengan En. Alias Iskandar.