Pelancaran kelab ke-5:
Kelab Usahawan Uptown Maqib
PENGENALAN
Kelab
Usahawan Uptown MAQIB (UMEC) dengan usaha sama Grow Success Management (GSM) berhasrat
untuk menganjurkan satu program yang melibatkan aktiviti perniagaan dan
komuniti setempat iaitu melalui penganjuran “Uptown MAQIB”.
Kelab
Usahawan Uptown MAQIB (UMEC) mencadangkan tapak uptown dengan satu konsep yang
baru iaitu “Uptown” yang berkonsepkan “Kemodenan”. Maksud konsep “Kemodenan”
dalam “Uptown” yang dicadangkan ialah “Uptown MAQIB” ini bukan hanya dijadikan
tapak perniagaan malahan menjadi satu pusat ekonomi dan riadah. Di bawah
pengurusan Grow Success Management (GSM) dan melalui pelbagai perlaksanaan
program-program hiburan sihat yang berterusan, tapak “Uptown” ini akan menjadi
pusat hiburan bagi pelbagai lapisan masyarakat di negeri Melaka.
Program
ini memberi tumpuan untuk melibatkan
semua lapisan masyarakat. Di antara tujuan program ini adalah memberi peluang
kepada peniaga kecil-kecilan supaya mereka mempunyai lokasi baru yang strategik
untuk kegiatan perniagaan. Selain itu, “Uptown
MAQIB” ini juga akan mengajurkan pelbagai program-program yang berunsurkan
kekeluargaan dan riadah, program-program yang berunsurkan kebajikan, program
latihan dan bimbingan serta program yang melibatkan belia.
Seterusnya,
diharapkan dengan adanya tapak ”Uptown” ini pelbagai jenis program dapat dianjurkan
dan menjadikan “Uptown MAQIB Taman Lagenda” sebagai pusat hiburan kekeluargaan
dan pusat perniagaan yang dapat menjana ekonomi komuniti setempat. Dimana kesan
positif daripada pengajuran “Uptown MAQIB Taman Lagenda” ini akan dapat dirasai
secara menyeluruh oleh pelbagai lapisan masyarakat disamping dapat mewujudkan hubungan baik antara MAQIB dan komuniti
setempat.
OBJEKTIF
- Mewujudkan Tapak Uptown MAQIB di Taman Lagenda
- Menjadikan “Uptown MAQIB” sebagai tapak pengajuran pelbagai program-program yang berunsurkan kekeluargaan dan riadah, program-program yang berunsurkan kebajikan, program-program latihan dan bimbingan serta program yang melibatkan komuniti belia
- Menjadikan Uptown MAQIB Taman Lagenda tumpuan pengunjung sebagai tempat membeli-belah serta hiburan kekeluargaan dan riadah.
- Mewujudkan lokasi baru yang strategik untuk kegiatan perniagaan kepada peniaga kecil-kecilan
- Memberi keyakinan dan kepercayaan kepada pelbagai pihak dan komuniti setempat bahawa MAQIB mampu dalam membentuk ummah yang bersatu.
KUMPULAN
SASARAN
a) Ahli MAQIB
b) Komuniti Setempat
c) Belia
d) Peniaga Kecil
e) Fakir Miskin
a) Ahli MAQIB
b) Komuniti Setempat
c) Belia
d) Peniaga Kecil
e) Fakir Miskin