Pelancaran Kelab Ke-7 :
Kelab Nyanyian dan Muzik Artis Malaysia
Majlis Pelancaran Kelab
Nyanyian dan Muzik Artis Malaysia di Lagenda Asmara Coffee Dome, pada 16 Mei 2015 mendapat sambutan baik.
Pengerusi kelab, Keena Mentor
berkata, kelab ini ditubuhkan bagi membantu semua lapisan masyarakat yang tidak mendapat peluang untuk menonjolkan bakat yang mereka ada.
Menurutnya, kelab ini memberi latihan
tentang nyanyian dan vocal oleh tenaga pengajar yang professional.
Dengan pelancaran kelab ini, semua
lapisan masyarakat berpeluang menjadi ahli kelab selepas mendaftar sebagai ahli
Majlis Amanah Qualiti Internet Biru (MAQIB).
Selain itu, dengan pelancaran kelab
di bawah MAQIB ini juga, pelbagai aktiviti bakal diadakan terutamanya di sekitar
Kuala Lumpur seperti ‘busking'. Separuh dari hasil kutipan ‘busking’ itu akan
didermakan kepada pihak-pihak yang memerlukan dan selebihnya akan digunakan
untuk mempromosikan Kelab Nyanyian dan Muzik itu sendiri.
Latihan pembelajaran nyanyian dan
vokal yang disediakan oleh kelab ini bertempat di Rousing Muses Studio,
di Bandar Damansara Perdana.
Hadir bersama, Adam selaku tenaga
pengajar untuk Kelab Nyanyian dan Muzik Artis Malaysia. Beliau berkata, kelab di bawah MAQIB
ini akan memberi banyak peluang dan sokongan bagi membantu golongan yang tidak
berkemampuan dalam membantu menyara kehidupan harian mereka.
Harapan kelab ini adalah untuk
bekerjasama dengan pihak MAQIB bagi membantu golongan yang tidak berkemampuan
mencapai impian dan merubah cara hidup mereka kepada yang lebih baik.