Anda Fikirkan..
Jika setiap individu bersatu, berpasangan 121..maka perkara yang susah akan jadi mudah.
Sepertimana sesuatu penyakit itu mudah merebak apabila terkena antara satu sama, begitu jugalah dengan penawar.
Mustahil untuk program berjaya sepenuhnya jika kumpulan minoriti yang ikut dihalang oleh kumpulan majoriti lain.
Mustahil juga negara boleh dibina oleh golongan minoriti sedangkan golongan majoriti pula menjadi perosak ekonomi negara.
Oleh itu, Bersatulah demi mencipta sejarah bersama membina ekonomi negara.
Yakinlah, dengan bersatu hati..perkara yang mustahil pun boleh direalisasi. Perkara yang susah boleh jadi senang.
Jangan kita biarkan kumpulan minoriti pengeluar produk terus menguasai dengan ketamakan & keangkuhan mereka. Senario begini kelak boleh menghancurkan ekonomi negara.
Dengan itu, Ayuhlah bersama kita rapatkan jurang antara yang kaya dengan yang miskin.
Kepada Usahawan Binaan,
Biasanya jika ada projek tapi tak ada pekerja tempatan yang sanggup bekerja, maka pekerja asing lah yang jadi pilihan. Kerana projek & pekerja saling berkaitan. Tanpa projek, pekerja tak dapat cari makan; Tanpa pekerja, projek pula tak jalan (terbengkalai).
Kalau ada duit tapi tak ada bisnes macammana?
Khas Untuk Para Jutawan,
Biasanya anda tentu akan buat pelaburan di mana anda akan dapat pulangan tetap mengikut perjanjian. Justeru kami ingin mengajak anda gunakanlah orang miskin. Melaburlah ke atas mereka.
(Saya ulangi..M.E.L.A.B.U.R = Melabur. Bukan Menderma,ok).
Pulangan anda bukan sahaja di dunia, tetapi juga di akhirat kelak, InsyaAllah..
Salurkan duit untuk si miskin yang perlukan modal agar dapat bantu tingkatkan ekonomi diri & keluarga mereka menjadi lebih baik dan seterusnya mampu berdaya saing. Kejayaan mereka adalah kejayaan anda juga!
Bebaskanlah minda anda dari dijajah!
Orang miskin tak semestinya menjadi pekerja kerana 90% rezeki di muka bumi ini adalah dalam perniagaan.Orang miskin juga boleh jadi Usahawan Berjaya @ Tokey @ Jutawan asalkan sanggup mengambil tindakan. Apapun impian anda, segera BERTINDAK! supaya ia tak tinggal harapan.